Sunday 24 May 2009

Aircond can kill people

Please note and circulate...

Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car!

Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the
air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard,
sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note
of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons
your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure
will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.

Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors
under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up
to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will
inevitably inhale an excess amount of the toxins.

It is recommended that you open the windows and door to give time for
the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your
kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it,
you have a moral obligation to share it with others"

Friday 1 May 2009

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

Friday, May 1, 2009

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA
Projek Kerja Kursus Sejarah PMR

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Jawaban Contoh:

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baik pulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti yang saya kaji kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Senario ini sekali gus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan harmoni antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Jika keadaan ini disemai berterusan, nescaya akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Diambil dan diubah suai daripada laman blog http://www.djlovehostory.blogspot.com/
Drpd Cikgu Tan CL